SESI KULIAH 2013 AKAN BERMULA PADA 2 JANUARI 2013

KJ Baru......


Tn Hj Nordin bin Monel
Mantan Ketua Jabatan Matematik Dr Salwa bte Abu Bakar telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Jabatan yang diterajuinya selama 3 tahun dngan kenaikan pangkat DG52 . Berikutan itu tampok kepimpinannya kini telah diambil alih oleh Tuan Haji Nordin bin Monel sejak 1 Oktober 2012. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua Mantan KJ dan KJ Baru diatas perlantikan tersebut. Semoga kita semua bekerja dengan lebih ikhlas dan berkesan dibawah naungan Tuan Haji...
Penyerahan Tugas KJ Lama kepada KJ Baru...

PERHIMPUNAN JABATAN MATEMATIK JULAI 2012








Melawat KJ Menjalani Pembedahan

Pada 3 Julai Katue Jabatan Dr Salwa bte Abu Bakar telah menjalani pembedahan tiroid di Hospital Gleaneagle, Kuala Lumpur. Bagaimanapun rakan-rakan di Jabatan Matematik hanya sempat menziarah beliau dua minggu selepas itu di Hospital Putri Johor Bahru ketika beliau mendapatkan rawatan susulan. Yang menariknya Pn Tan Boon Mei yang telah bersara juga turut menyertai rombongan tersebut. Semoga beliau segera disembuhkan Allah swt dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.







PERTANDINGAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK


Pada 17 hingga 19 Julai 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru bersama Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah menganjurkan Konvensyen Jiwa Pendidik 2012 di Dewan Sri Temenggong IPGKTI. Yang mana Jabatan Matematik IPGKTI telah mengadakan aktiviti Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran. Aktiviti ini dibuka kepada semua pelajar Matematik IPGKTI. Pensyarah pembimbing adalah Pn. Raha Yahya dan Pn. Tolhah Binti Abdullah.

Objektif Konvensyen Jiwa Pendidik adalah untuk membudaya dan memperkasakan amalan penyelidikan, inovasi dan kreativiti dalam pedagogi di kalangan pensyarah, guru cemerlang dan warga pendidik. Melalui konvensyen penyelidikan dan pertandingan inovasi ini, diharap dapat menghasilkan dapatan inovasi baru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta produk komersil.

Guru-guru pelatih Chin Lee Shan, Teo Wan Ling dan Woo Ying Bi dari  PISMP Math/PJ/BCn telah mewakili Jabatan Matematik IPGKTI bagi menyertai Pertandingan Inovasi Tahun 2012 dan telah meraih kemenangan iaitu pingat perak dan gangsa.










Pembinaan Blog Individu Asas



Hari pertama latihan Pembangunan Staf bermula. Rakan-rakan sedang tekun menyediakan blog walaupun banyak kekangan `kelembapan' wireless mereka masih belum berputus asa...

LPS Jabatan Matematik

Bermula esok 22/2-24/2 2012, akan berlangsungnya latihan pembangunan staf bagi seramai 13 orang pensyarah Jabatan Matematik di PLGDP (Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan) , Bandar Tenggara, Kulaijaya. Pengisian kursus ini berdasarkan kepada pembinaan Blog WebIindividu dan Membina Laman Pembelajaran Dalam Talian dan Pembinaan Teknologi Web.

Sekapur Sirih


Assalamualaikum...
Selamat Datang ke Blog Jabatan Matematik, IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Blog ini diwujudkan bertujuan menyebarkan maklumat, perkongsian ide dan ilmu di kalangan guru pelatih dan pensyarah-pensyarah matematik khasnya. Segala komen dan teguran membina sangat dialu-alukan. Semoga dengan adanya blog ini memberi manfaat kepada semua individu yang datng ke blog ini. Terima Kasih.